Blog ini adalah untuk memartabatkan warisan kesusasteraan rakyat Malaysia yang muktahir sebagai cacatan dan panduan buat para pengkaji dan penyelidik di luar sana.
Sunday 17 January 2021
CERITA RAKYAT NEGERI SEMBILAN DAERAH REMBAU LEGENDA DANAU TENKULUK (LAGENDA PENDOSA)
CERITA
LAGENDA DANAU TENGKULUK
Lokasi:
Kampung Rendah
Daerah
Rembau
Negeri
Sembilan Darul Khusus.
Ditulis
dan diolah semula oleh : Zulkifli bin Kamaruddin
Fakulti
Bahasa Moden dan Komunikasi UPM
Kononnya
pada zaman dahulu, tersebutlah kisah seorang ibu tunggal bersama dengan seorang
anak gadis tinggal di sebuah kampung yang bernama Kampung Paya. Kampung ini
terletak tidak jauh daripada pekan Rembau di Negeri Sembilan Darul Khusus. Ibu
tunggal tersebut bernama Wan Runduk manakala anak gadisnya bernama Nurbaya.
Mereka berdua tinggal dua beranak di Kampung Paya apabila suami Wan Runduk
menceraikannya kerana mempunyai isteri lain di negeri seberang. Mereka berdua
menyiara kehidupan dengan mengerjakan sawah padi milik warisan keluarga.
Seawal
pagi mereka dua beranak akan bangun awal untuk turun ke bendang bagi menyara
kehidupan. Pada waktu tenghari, mereka berdua beranak ini akan pulang ke rumah
untuk berehat kerana pada sebelah petang mereka akan turun sungai pula untuk
menangkap ikan. Nurbaya digambarkan sebagai seorang anak gadis yang agak kasar
kelakuannya. Nurbaya akan memberontak jika segala kemahuannya tidak dipenuhi.
Namun, Wan Runduk tidak pernah berkecil hati dengan kelakuan Nurbaya. Malah, Wan
Runduk adalah seorang ibu yang sangat penyabar melayan karenah Nurbaya. Wan
Runduk sedar bahawa Nurbaya adalah satu-satunya anak yang ada dimuka bumi
ini. Justeru, Wan Runduk mencurahkan
sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada Nurbaya selagi dia masih bernyawa.
“Mak.
ohhh mak. Sampai bila kita nak mengerjakan sawah ini. Pendapatan kita pun tak
seberapa. Nurbaya rasa lebih baik kita jualkan saja sawah kita kepada orang
kaya di kampung kita. Kemudian, wang emas yang kita dapat tu kita guna untuk
berniaga di pasar hujung kampung kita” Kata Nurbaya memujuk ibunya. Wan Runduk
hanya terdiam mendengar pujukan anaknya itu. Jauh disudut hatinya ada kebenaran
juga apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Dia juga sebenarnya sudah tidak
terdaya untuk mengerjakan sawah bendang itu. Tenaganya setiap hari semakin
berkurangan kerana usia semakin meningkat. Lalu Wan Runduk pun berkata kepada
anaknya.“Wahai anakku Nurbaya. Ibu pun terfikir juga apa yang kamu katakan. Ibu
pun semakin tua dan semakin tidak larat untuk mengerjakan sawah kita. Baiklah,
nanti pagi esok ibu akan berjumpa dengan Dato Lembaga Adat untuk mengajukan
perkara ini.” Nurbaya hanya mengangguk dan melemparkan senyuman sinis. Jauh
disudut fikiranya, dia telah mempunyai niat lain apabila sawah bendang itu dijual.
Pada keesokan harinya, Wan Runduk bergegas ke rumah Dato Lembaga Adat. Setelah
memberi salam, Wan Runduk segera naik ke beranda Rumah Dato Lembaga Adat
beratap Minangkabau itu. “Ada hajat apa Wan Runduk datang ke teratak hamba
pagi-pagi lagi ni?.
“Begini
Dato hamba berhasrat untuk menjual tanah bendang hamba di hujung kampung ini.
Hamba tidak larat untuk mengusahakannya” jelas Wan Runduk sambil menghirup
secawan kopi panas yang berada di atas meja. “Pada pandangan hamba, mengikut
sistem adat kita, tanah tersebut adalah tanah pusaka adat warisan keluarga tuan
hamba. Agak mustahil jika tanah pusaka tersebut dijual kepada orang lain. Tanah
pusaka itu hanya boleh diwarisi oleh waris wanita sahaja dalam keluarga tuan
hamba mengikut pesaka bergilir dalam sistem Adat Perpatih. Wan Runduk terdiam
mendengar penjelasan Dato Lembaga Adat. Kemudian berkata, “Hamba maklum Dato
bahawa tanah bendang itu tanah pusaka adat, tetapi bagaimana jika hamba dan
anak gadis hamba sudah tidak larat mengusahakannya lagi, suami hamba sudah
tiada, Nurbaya pula masih belum berumah tangga, umur hamba pula semakin hari
semakin lanjut dan tenaga semakin berkurang. Wan Runduk cuba menjelaskan kepada
Dato’ Lembaga Adat tentang masalahnya. Hamba mengerti akan masalah tuan hamba,
tapi apakah daya hamba, aturan adat kita telah menetapkan peraturanya bergitu.
Ingatkah tuan hamba pepatah “biar mati anak, jangan mati adat” yang menjadi
pegangan kita sejak zaman berzaman lagi.” Wan Runduk hanya terdiam, keputusan
Dato Lembaga Adat itu tidak dapat disangkal lagi. Fikiran Wan Runduk buntu.
“Apakah
yang harus aku katakan kepada Nurbaya kelak. Keputusan bahawa tanah bendang itu
telah diputuskan mengikut sistem adat. Aku pasti Nurbaya akan mengamuk apabila
mengetahuinya”.
Pada
masa yang sama, Nurbaya telah mengadakan pertemuan dengan orang kaya itu untuk
mengadakan perundingan tentang tanah bendang tersebut. “Hamba bersetuju untuk
menjual tanah bendang itu tapi dengan satu syarat”. Nurbaya cuba menyakinkan
orang kaya yang bukan orang semenda di kampung itu. “Apa syaratnya ? orang kaya
itu menginginkan kepastian. Nurbaya berkata “Bunuh ibu hamba dan buang mayatnya
di sebuah bukit di Ulu Sepri sebaik sahaja tuan hamba menyerahkan 200 ketul
emas kepada hamba.”. Orang kaya tersebut mengangguk-anggukkan kepalanya tanda
bersetuju dengan syarat yang dinyatakan itu.
Seterusnya,
Nurbaya segera beredar menuju ke rumahnya. Wan Runduk juga pulang ke rumah
dengan perasaan yang tidak tenteram. Sepanjang perjalanan. Wan Runduk hanya
berfikir tentang apakah cara untuk menjelaskan kepada Nurbaya supaya anak
kesayangannya itu tidak mengamuk. Wan Runduk sampai ke rumahnya apabila hari
telah larut malam. Apabila sampai di rumah, Wan Runduk mendapati anaknya
Nurbaya telah tidur dengan nyenyak.
Pada
keesokkan paginya, seperti biasa Wan Runduk dan Nurbaya akan turun ke bendang.
Apabila waktu tengahari menjelang tiba, kebiasaanya mereka berdua beranak ini
akan pulang ke rumah. Namun, pada hari itu Wan Runduk mengajak anaknya untuk
berehat di sebuah dangau yang terletak berhampiran dengan kawasan bendang
mereka. “Mak mak. Nurbaya mendekati ibunya. “Apa kata Dato Lembaga Adat tentang
tanah kita itu”. Nurbaya melanjutkan perbualannya. “emm, begini anakku. Ibu
telah berjumpa dengan Dato Lembaga Adat tentang hal tanah bendang kita. Tanah
bendang ini tidak boleh dijual kepada sesiapapun. Tanah itu adalah tanah
pusaka, dan menyalahi hukum adat jika tanah itu dijual.”
Apabila
mendengar kata-kata daripada Wan Runduk, Riak wajah Nurbaya berubah dengan
serta merta. Dengan nada suara yang marah lalu Nurbaya membaling bekalan
makanan yang dibawa oleh ibunya itu ke dalam sawah bendang. Seterusnya, Nurbaya
menghampiri ibunya Wan Runduk lalu menarik rambut ibunya dengan kuat seraya
berkata.
“Hei
orang tua yang tak sedar dek untung. Aku tidak peduli apa yang Dato Lembaga
Adat katakan. Aku mahu urusan tanah bendang ini selesai hari ini juga. Kau
bukan tak tahu aku dah lama hidup susah”. Seterusnya, Nurbaya dengan kejam mengheret ibunya turun daripada
dangau itu untuk menuju ke rumah Dato Lembaga Adat.
Orang
kampung yang masih mengerjakan sawah pada masa itu amat terkejut melihat
Nurbaya mengheret ibunya di atas tanah lumpur bendang untuk menuju ke rumah
Dato Lembaga Adat. Tubuh Wan Runduk penuh dengan luka. Wan Runduk merayu-rayu
kepada anaknya Nurbaya. “Anakku Nurbaya. Janganlah kau seksa ibu begini.
Kasihani ibu wahai anakku. Tidakkan kau sedar akulah orang yang membesarkan
mu.”
“Ah…
aku tidak peduli semua itu. Yang penting tanah bendang ini harus dijual. Dan
selepas itu, riwayat hidupmu akan tamat juga”, kata Nurbaya dengan angkuh dan
sombongnya.
Dalam
keadaan tidak bermaya dan masih diseret oleh Nurbaya, Wan Runduk berkata.
“Wahai tuhan Yang Maha Berkuasa. timpakan azab kepada anakku Nurbaya supaya dia
sedar tentang perbuatannya kepada ibunya ini.” Dengan tidak semena-mena.
Tiba-tiba langkah Nurbaya terhenti. Langit di angkasa bertukar gelap dan kilat
sabung-menyabung. Burung-burung berterbangan melarikan diri. Orang ramai
disekeliling bertempiaran dan terkejut dengan peristiwa yang berlaku. “Ya
tuhan, apakah yang terjadi kepada tubuhku. Kelihatan kaki Nurbaya seolah-olah
ditarik sesuatu ke dalam tanah. “Mak… Mak… Mak… tolong Nurbaya Mak. Semakin
Nurbaya menjerit semakin cepat dirinya disedut oleh tanah bendang itu. Wan
Runduk hanya terdiam melihat anaknya ditelan oleh tanah bendang itu. Sedikit
demi sedikit tubuh Nurbaya tengelam ditelan tanah bendang itu. Akhirnya, hanya
tengkuluk yang dipakai oleh Nurbaya sahaja yang kelihatan tinggal di atas tanah
bendang itu. Oleh kerana hujan semakin lebat serta kilat sabung menyabung,
kawasan tanah bendang tersebut bertukar menjadi danau. Sempena peristiwa
tersebut, danau tersebut diberikan gelaran Danau Tengkuluk. Oleh kerana
perubahan geografi dan bentuk muka bumi, kawasan danau tersebut menjadi kering.
Kini kawasan tersebut menjadi ladang kelapa sawit bagi tujuan perniagaan.
CERITA RAKYAT NEGERI PERAK DARUL RIDZWAN DAERAH PERAK TENGAH NAKHODA AJI DAN ASAL USUL TASIK KUBANG AJI
CERITA
LAGENDA NAKHODA AJI
ASAL
USUL TASIK KUBANG AJI
Lokasi:
Kampung Tanjung Dedalu, Mukim Belanja
Daerah
Perak Tengah
Negeri
Perak Darul Ridzwan
oleh:
Zulkifli bin Kamaruddin
Fakulti
Bahasa Moden dan Komunikasi UPM
Tersebutlah
sebuah kisah pada zaman dahulu seorang ibu tunggal bersama seorang anak lelaki
tinggal di sebuah desa yang bernama Kampung Tanjung Dedalu, kampung ini
terletak bersebelahan dengan Sungai Perak. Si ibu bernama Siti Nik manakala Si
anak bernama Aji.
“Mak...
Mak… apakah yang mak bawa pulang daripada pasar tadi” Tanya Aji kepada ibunya
dengan wajah yang ceria. “Ibu bawakan Aji Ikan Loma dan Sayur Pucuk Manis untuk
makan malam kita hari ini” balas Mak Siti Nik sambal menjuntaikan kaki dibawah
tangga. “Wah sedap sungguh lauk kita malam ini ya mak” Aji membalas sambil
mengambil bakul yang berisi bekalan yang dibawa oleh ibunya tadi”. Mak Siti Nik
hanya mampu tersenyum apabila melihat Aji yang semakin hari semakin meningkat
remaja. Hari demi hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, akhirnya
Aji menjadi seorang dewasa. Aji menjadi seorang lelaki yang sangat kacak dan
tanpan sehingga menjadi bualan di seluruh pelusuk desa..
“Mak,
sampai bila kita ingin hidup begini?. Aji sudah bosan asyik duduk di kampung
ini. Pergi ke sawah dan berbendang…Bolehkah Aji ingin merantau mencari kerja di
tempat lain. Manalah tahu boleh mengubah nasib kita” Kata Aji kepada ibunya.Pada
masa itu, kebetulan terdapat sebuah kapal besar sedang berlabuh di Sungai Perak
untuk mengisi keperluan.
“Mak…
Mak… Aji ada berita gembira untuk mak.”. Mak Siti Nik terkejut dengan kemunculan
Aji secara tiba-tiba. “Ya, anakku Aji. Berita apakah yang kamu ingin sampaikan
kepada mak?” Aji dapat kerja di kapal itu.
Pada
keesokkan harinya, Aji bersiap-siap untuk menuju ke kapal nakhoda itu. Sebelum
meninggalkan ibunya, Aji memohon restu daripada Mak Siti Nik supaya sentiasa
mendoakan keselamatannya semasa bekerja di kapal tersebut.
“Mak
doakan keselamatan Aji ya mak. Nanti Aji pulang Aji akan bawa mak berpindah
dari desa ini. Kita mulakan kehidupan baru”.
Mak
Siti Nik hanya menganguk serta memeluk Aji dengan erat.
Apabila
Aji sampai di kapal tersebut, Nakhoda itu menyambutnya dengan mesra. Aji telah
ditugaskan menjadi pramusaji di bahagian dapur kapal. Selang beberapa hari Aji
bekerja di atas kapal itu, nakhoda kapal itu ingin meneruskan pelayarannya ke
negeri Siam. Maka sauh kapal pun diangkat dan layar pun dilabuhkan bagi
meneruskan pelayaran. Sedikit demi sedikit kapal nakhoda meninggalkan muara
Sungai Perak..
Hari
berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun lamanya Aji
meninggalkan ibunya. Sejak Aji tiada lagi di sisi Mak Siti Nik, kehidupan Mak
Siti Nik tidak seceria dahulu. Mak Siti Nik sering jatuh sakit. Kadang-kala Mak
Siti Nik sering termimpi-mimpikan anaknya akibat terlalu rindu yang amat. Di
dalam tempoh pelayaran tersebut, Aji telah mempelajari pelbagai ilmu
perkapalan, kelautan dan perniagaan bersama dengan nakhoda itu. Bermula
bertugas sebagai seorang pramusaji di dapur kapal akhirnya Aji dinaikkan
pangkat menjadi ketua anak-anak kapal. Sikapnya yang rajin serta jujur dan
amanah dalam menjalankan tugas akhirnya mendapat pujian dan kepercayaan yang
tinggi daripada nakhoda. Atas tanggungjawab dalam menjalankan tugas dengan
baik. Akhirnya, Aji dilantik menjadi nakhoda kapal.
Dengan
takdir tuhan, akhirnya kapal Nakhoda Aji berlayar hingga sampai di muara Sungai
Perak. Nakhoda Aji pada masa tersebut berasa hairan dengan kawasan pelabuhan
yang disinggahinya pada masa ini.
“Hamba
rasa macam serasi benar kawasan pelabuhan ini. Apakah nama tempat kita berlabuh
ini?” tanya Nakhoda Aji kepada salah seorang anak kapalnya. Anak kapal itu pun
lalu berkata “Tempat ini bernama Tanjung Dedalu Tuan Nakhoda”. Nakhoda Aji
terdiam sebentar apabila mendengar kata-kata daripada anak kapalnya itu.
Perkhabaran
berita kapal Nakhoda Aji berlabuh di muara Sungai Perak akhirnya sampai ke
pengetahuan Mak Siti Nik. Mak Siti Nik pada masa itu tidak berapa sihat segera
bersiap untuk menuju ke muara Sungai Perak untuk melihat siapakah nakhoda kapal
itu. Apabila sampai di gigi air sungai, Mak Siti Nik cuba untuk melihat
siapakah nakhoda kapal itu. Ketika Nakhoda Aji turun dari kapal menuju ke
daratan, Mak Siti nik terkejut apabila menatap wajah nakhoda itu.
“Ya
tuhanku, adakah tuan nakhoda ini anak kandungku yang hilang sekian lama”,
desus
hati kecilnya.
Pada
masa itu juga, Nakhoda Aji bersama anak-anak kapalnya sedang sibuk memunggah
barang dagangan serta mengambil bekalan air dan bahan mentah untuk meneruskan
pelayaran. Dalam kesesakan orang ramai di kawasan pelabuhan, Mak Kundur
mengekori Nakhoda Aji bagi mendapatkan kepastian sama ada Nakhoda Aji anaknya
atau tidak. Dengan takdir tuhan, apabila Nakhoda Aji sedang duduk di sebuah
warung, Mak Siti Nik terlihat kesan parut yang terdapat disebelah tangan kanan
Nakhoda Aji apabila Nakhoda Aji menyinsing lengan bajunya.
“Ya
tuhanku, sesungguhnya adalah benar petunjuk daripada mu bahawa tuan nakhoda ini
adalah anak kandungku yang hilang selama ini”. Lonjak hatinya dengan penuh
kegembiraan. Sambil menadah tangan.
“Terima
kasih ya tuhan kerana engkau telah menemukan anakku semula ke pangkuan aku”
Dengan
langkah perlahan sambil membawa sebatang tongkat, Mak Siti Nik berjalan menuju
ke arah Nakhoda Aji. Apabila sampai di meja Nakhoda Aji, Mak Siti Nik lalu
berkata,
“Wahai
tuan nakhoda yang budiman, adakah tuan nakhoda kenal siapakah hamba ini”.
Nakhoda
Aji sangat terkejut dengan kemuculan wanita tua yang berbau busuk serta
bertongkat itu. Nakhoda Aji melihat susuk tubuh wanita itu. Lalu berkata dalam
hatinya.
“Adakah
ini ibuku.”
Pada
masa yang sama, semua anak-anak kapal serta orang ramai yang ada di warung itu
sedang memerhati Nakhoda Aji dengan pandangan yang pelik. Lalu Nakhoda Aji pun
berkata.
“Wahai
tuan hamba. Siapakah gerangan menghampiri hamba di sini. Dan hamba tidak kenal
siapakah tuan hamba”, balas Nakhoda Aji. Apabila dilihatnya riak wajah Nakhoda
Aji kelihatan pelik, maka Mak Siti Nik pun berkata.
“Wahai
anakku Aji. Tidakkah kau ingat ibumu yang pernah kau tinggalkan dulu untuk
mencari kerja di atas kapal. Apakah kau lupa bahawa kau ingin membawa mak
apabila kau berjaya nanti.” Jelas Mak Siti Nik.
Apabila
mendengar kata-kata daripada Mak Siti Nik, riak wajah Nakhoda Aji berubah
dengan serta merta. Manakala anak-anak kapal dan orang ramai disekeliling
warung tersebut kelihatan pelik dan berasa hairan dengan kata-kata Mak Siti
Nik. Dengan nada suara yang marah lalu Nakhoda Aji menghentakan tanganya di
atas meja.
“Cis…
orang tua tak sedar diri. Wajah yang hodoh, badan berbau, ada hati mengaku kau
ibuku. Aku tidak mempunyai ibu di kawasan ini. Ibu dan bapaku telah lama
meninggal dunia. Jika engkau mahu makan di warung ini silakan. aku sudi
membayar. Tapi jika kau untuk berkata-kata perkara yang tidak masuk akal.
Pergilah kau dari sini.
Mak
Siti Nik sangat terkejut dan sedih dengan kata-kata yang dikatakan oleh Nakhoda
Aji. Dengan linangan air mata Mak Siti Nik berkata.
“Ya
tuhan. Tergamak kau berkata begini kepada ibu yang membesarkan mu dengan penuh
dengan penat lelah selepas kematian ayahmu. Akulah Mak Siti Nik yang melahirkan
dan membesarkan mu. Tidakkah kau ingat wahai Aji. Jika kau inginkan kebenaran
cuba engkau lihat parut yang ada di lengan kanan tanganmu. Parut itu adalah
tanda.
Dengan
perasaan malu beserta marah dengan kata-kata Mak Siti Nik, Nakhoda Aji bangun
lalu mengeluarkan keris yang terselit dipinggangnya. Lalu berkata.
“Jika
kau tidak mahu nyawamu ku tamatkan dihujung keris ini, lebih baik engkau
berambus dari sini”.
Apabila
mendengar kata-kata Nakhoda Aji, Mak Siti Nik segera mara ke arah Nakhoda Aji
seraya berkata.
“Tikamlah
ibumu ini wahai Aji. Ibu rela mati di tangan mu ini. Orang ramai di sini
menjadi saksi kematianku jika aku berdusta bahawa engkau adalah anakku.”
Kesabaran
Nakhoda Aji tidak dapat dibendung lagi. Kata-kata Mak Siti Nik tidak
diendahkannya. Lalu Nakhoda Aji cuba untuk menikam Mak Siti Nik dengan
kerisnya. Sewaktu Nakhoda Aji ingin menikam ibunya. Tiba-tiba tangannya menjadi
kaku. Langit di angkasa bertukar gelap dan kilat sabung-menyabung. Permukaan
air muara Sungai Perak yang tenang tiba-tiba bergelora. Orang ramai
disekeliling bertempiaran dan terkejut dengan peristiwa yang berlaku. Tubuh
Nakhoda Aji tiba-tiba menjadi kaku. Akhirnya, Nakhoda Aji rebah ke bumi.
Apabila terlihat Nakhoda Aji rebah, beberapa orang anak kapal segera membawa
Nakhoda Aji ke dalam kapal. Dalam keadaan kelam-kabut, kelasi kapal segera
menarik sauh untuk belayar. Apabila kapal Nakhoda Aji ingin berlayar menuju ke
tengah muara sungai tiba-tiba kapal tersebut pecah dan sedikit demi sedikit
karam ke dalam Sungai Perak. Semasa kapal tersebut mulai karam, orang ramai
mendengar suara meminta tolong serta teriakan meminta maaf kepada Mak Siti Nik.
Suara itu dipercayai daripada Nakhoda Aji yang menderhaka kepada ibunya.
Sebaik
sahaja kapal Nakhoda Aji karam, Mak Siti Nik rebah ke bumi dan meninggal dunia.
Jasad Mak Siti Nik tiba-tiba bertukar menjadi sebatang pohon Ara dan tumbuh di
tebing sungai itu
CERITA RAKYAT NEGERI SEMBILAN DAERAH SERI MENANTI KUALA PILAH SANG KERBAU DAN BADAK MENJADI BATU
CERITA RAKYAT
PERGADUHAN YANG MEMBAWA PADAH
KERBAU DAN BADAK MENJADI BATU
Olahan Oleh
Zulkifli Bin Kamaruddin ( Cikgu Joe )
Kononya
disebuah desa di Seri Menanti, Kuala Pilah di Negeri Sembilan Darul Khusus.
Terdapat sebuah hutan tebal yang didiami oleh sekumpulan badak. Berhampiran
dengan hutan tersebut juga terdapat sebuah kandang kerbau milik orang kampung.
Tersebutlah kisah badak dan kerbau ini merupakan sahabat baik pada masa itu.
Setiap hari badak akan datang menziarahi kerbau di kandangnya. Oleh kerana
mereka berkawan baik terlalu lama, segala aktiviti dilakukan bersama-sama.
Persahabatan kerbau dan badak umpama air dicincang tidak akan putus.
Sekiranya kerbau tidak sihat, sang badak akan datang
membawa makanan tambahan daripada hutan untuk kerbau makan. Jika sang badak
pula tidak sihat, maka sang kerbau akan membawa makanan yang diberikan oleh
tuannya untuk sang badak. Sifat setiakawan sang badak dan sang kerbau ini
sangat dikagumi oleh seluruh haiwan yang ada disitu. Maka, pada satu hari Seri
Menanti dilanda kemarau yang amat lama. Habis kolam-kolam air dan anak-anak
sungai menjadi kering. Maka sang kerbau dan sang badak mempunyai masalah untuk
mereka berkubang seperti kebiasaan kehidupan mereka.
Maka ditakdirkan tuhan, hanya sebatang sungai sahaja
yang terdapat di hujung Kampung Buyau yang masih mengalirkan airnya. Air sungai
disitu sangat sejuk dan jernih serta banyak ikan-ikan bermain-main didasar
sungai tersebut. Namun, sungai itu amat jarang dikunjungi oleh penduduk disitu
mahupun haiwan-haiwan. Mengikut bualan orang kampung, sungai tersebut dijaga
oleh puteri bunian. Oleh kerana itu airnya tidak pernah kering dan banyak
ikan-ikan yang ada disitu.
Oleh kerana cuaca kemarau yang masih berpanjangan,
maka sang kerbau berhasrat untuk membawa sang badak untuk berkubang disana.
Lalu sang badak segera menemui sang kerbau di kandangnya. “ Wahai sahabatku
badak.. apa kata kita ke sungai untuk mandi. Cuaca pun panas terik sangat hari
ini. Apa kata kita pergi berkubang di Sungai Jumbang di hulu Kampung Merual.
Disana katanya airnya jernih dan sejuk. Bolehlah kita berkubang lebih lama
sikit disana ha.ha.ha” Kata sang kerbau sambil ketawa. Apabila didengar oleh
sang badak cadangan sang kerbau untuk berkubang di Sungai Jumbang, reaksi sang
badak berubah dengan raup wajahnya seperti orang ketakutan. Lalu sang badak pun
berkata “ Wahai kerbau, tidakkah engkau tahu bahawa Sungai Jumbang itu dijaga
oleh puteri bunian ?.Tiada siapa pun yang berani ke sana. Haiwan-haiwan di hutan
juga sangat takut untuk datang ke sungai itu”. Jelas sang badak kepada kerbau.
Maka sang
kerbau pun berkata “ Wahai badak. Apakah yang perlu kita risaukan, kita hanya
pergi untuk berkubang sahaja, bukanya kita mempunyai niat lain.” Kata sang
kerbau memujuk sang badak. Lalu sang badak pun berkata “ Ya sahabatku sang
kerbau, aku tahu niat kita untuk berkubang sahaja, tapi aku risau kerana kita
tidak pernah sampai dikawasan itu. Aku dengar juga barang siapa yang berniat
tidak elok, maka akan mendapat musibah daripada puteri bunian yang menjaga
kawasan sungai itu.” Kata sang badak kepada sang kerbau. Apabila sang kerbau
mendengar penjelasan sang badak itu lalu sang kerbau pun berkata “ Mengapa kau
bergitu risau sangat badak. Kita kan haiwan yang besar dan gagah. Jika ada
apa-apa yang berlaku di sana, kita lawan secara bersama-sama. Aku tidak pernah
pun berasa gentar dengan apa jua yang datang melawan ku. Tandukku yang kuat dan
tajam ini menjadi perisai untuk membunuh setiap musuh yang datang melawanku.”
Kata sang kerbau dengan bangganya dihadapan sang badak.
Sang badak menjadi serba salah untuk menolak cadangan
sang kerbau. Demi hubungan persahabatanya yang lama, akhirnya sang badak
besetuju dengan cadangan sang kerbau untuk berkubang di Sungai Jumbang.
Seterusnya,sang kerbau dan sang badak
meneruskan langkah menerusi denai-denai kecil menuju ke sana. Sepanjang
perjalanan, sang kerbau dan sang badak melalui kebun-kebun kecil yang mempunyai
banyak pokok buah-buahan.
“Wah..badak.lihat di kiri dan kanan kita. Banyaknya
pokok buah-buahan. Ada pokok pisang,manggis,betik dan macam-macam lagi lah.”
Kata badak dengan perasaan yang teruja. Lalu sang kerbau pun berkata “ Ya betul
badak..Kenyanglah perut kita nanti sepanjang kita berjalan ke sungai hahaha.” Sang
Badak dan sang kerbau ketawa
bersama-sama. Maka sang badak dan sang kerbau pun berhenti seketika dibawah
sebatang pokok mempelam. Kebetulan pokok mempelan tersebut sangat rendang dan
lebat buahnya. Apabila dilihat oleh sang kerbau buah mempelam itu sangat banyak
dan elok buahnya, maka timbul keinginan dihati sang kerbau untuk mengambil buah
mempelam itu.
“ Apa kata kita ambil buah mempelam ini. Perut aku pun
dah lapar ni.” Kata sang kerbau kepada sang badak. Lalu sang kerbau pun
menggunakan tanduknya untuk mengait buah mempelam yang ranum dan berwarna
keemas-emasan itu. Apabila buah mempelam
itu berjaya diperolehinya, sang kerbau dan sang badak pun bersedia untuk
menikmatinya secara bersama-sama. Secara tiba-tiba mencul seorang wanita tua
bertongkat dengan raup wajahnya yang berkedut seribu. Wanita tua itu pun
melihat sang badak dan sang kerbau dengan pandangan yang tajam lalu berkata “
Wahai sang badak dan sang kerbau. Adakah kamu telah meminta izin untuk mengambi
buah-buahan yang ada di kawasan ini?. Sang kerbau dan sang badak berasa
terkejut sehingga terjatuh buah mempelam itu ke tanah apabila wanita tua
bertongkat itu muncul secara tiba-tiba dihadapan mereka.
Lalu sang kerbau pun berkata “ Wahai nenek yang
budiman.Ya aku yang mengambil buah mempelam itu. Tapi aku berasa lapar, lagi
pun buah-buahan di sini sangat banyak dan tiada pun orang yang mengambilnya.
Apabila mendengar kata daripada sang kerbau itu, maka wanita tua itu pun
berkata “ Ya memang benar apa yang engkau kata kan itu. Tidak ada sesiapa yang
berani mengambil buah-buahan di sini melainkan kamu berdua.” Wanita tua
bertongkat itu perlahan-lahan mendekati sang kerbau dan sang badak lalu berkata
“ Tidakkah perbuatan engkau mengambil buah mempelam ini satu tindakan yang
salah ?. Sepatutnya engkau berdua meminta izin orang yang menjaga disini.”
Jelingan tajam wanita tua bertongkat itu menjadikan sang badak menjadi kecut
perut dan takut yang teramat.
Maka, apabila didengar kata-kata wanita tua bertongkat
itu,sang kerbau pun berkata dengan angkuhnya “ Wahai nenek tua yang tak sedar
diri. Mengapa pula aku harus meminta izin untuk mengambil buah-buahan disini.
Pokok-pokok buah ini pun tumbuh dengan sendiri. Pada pendapat aku, sesiapa
sahaja tidak kira manusia atau haiwan boleh sahaja makan buah-buahan yang ada
disini tanpa perlu kebenaran.” Sang kerbau mula menunjukkan keegoaanya tanpa
ada rasa hormat kepada wanita tua bertongkat itu. Manakala sang badak hanya
terdiam dan melihat sahaja sang kerbau. Jauh disudut hatinya, memang ada
kebenaran apa yang dikatakan oleh wanita tua bertongkat itu. Namun, oleh kerana
terlalu takut, sang badak hanya mampu mendiamkan diri.
Apabila mendengar kata-kata angkuh sang kerbau. Maka
wanita tua bertongkat itu pun berkata. “ Mengambil hak orang lain sama ertinya
dengan mencuri. Tidakkah engkau takut musibah dan bala yang akan menimpa jika
engkau mengambil barang yang bukan kepunyaan kau.” Wanita tua bertongkat
meninggikan suaranya memberi amaran dan peringatan kepada sang kerbau. Maka,
disahut oleh sang kerbau “ Aku tidak takut dengan sesiapa pun.Aku bersedia bertarung
dengan sesiapa pun. Sahabatku sang badak juga bersedia bersama untuk melawan
sesiapa sahaja yang berani menentang kami berdua.
Apabila mendengar kata-kata sang kerbau itu, maka
wanita tua bertongkat itupun hanya diam dan pelahan-lahan beredar meninggalkan
sang kerbau dan sang badak. Wanita tua bertongkat itu hilang daripada pandangan
sebaik sahaja memasuki rumpun buluh yang berdekatan dengan pokok buah-buahan
disitu. Sang kerbau pun berkata kepada sang badak “ Tak guna punya nenek tua,
habis hilang keinginan ku untuk makan buah mempelam tadi.” Sang badak tidak
berkata apa-apa. Sebaliknya mengajak sang kerbau meneruskan perjalanan ke
Sungai Jumbang.
Apabila sampai di Sungai Jumbang, sang kerbau dan sang
badak berasa sangat gembira apabila melihat kejernihan dan ketenangan air
sungai itu. Lalu kedua-dua haiwan ini melompat ke dasar sungai dan berkubang
dengan gembiranya. Suasana di kawasan Sungai Jumbang sangat sunyi sepi dan
tiada kelibat manusia atau haiwan yang singgah di situ. Apabila sang kerbau dan
sang badak puas mandi dan berkubang di sungai itu, maka mereka berdua berhasrat
untuk pulang. Sewaktu perjalanan pulang sang kerbau dan sang badak mengikuti
jalan yang sama semasa mereka berdua menuju ke sungai tersebut. Sang kerbau dan
sang badak meneruskan perjalanan mereka untuk pulang ke tempat masing-masing.
Namun sang kerbau dan sang badak berasa hairan kerana mereka masih melalui
jalan yang sama berulang kali. Cuaca dan keadaan pada masa itu juga hampir
gelap.
Akibat kepenatan serta tidak menemui jalan keluar
untuk pulang, maka sang kerbau dan sang badak membuat keputusan untuk berehat
sebentar dibawah sebatang pokok ara di satu kawasan tanah lapang. Sewaktu sang
kerbau berehat. Sang badak pun berkata “ Apalah nasib kita ini sahabatku
kerbau. Hari sudah hampir malam, tapi kita belum keluar lagi dari tempat ini.
Bukan kah aku sudah katakan pada tengahari tadi supaya kita tidak pergi ke
sini, tapi engkau tidak mahu mendengar kata-kataku” Kata sang badak dengan
perasaan sedih. Apabila sang kerbau mendengar kata-kata sang badak itu, lalu
sang kerbau pun berkata “ Tapi engkau juga bersetuju dengan ku untuk pergi ke
sini bukan”. Maka sang badak pun berkata “ Ya.aku terpaksa rela untuk tidak
mahu bergaduh dengan kamu kerbau. Jika aku tahu nasibku jadi bergini, tidakkan
akan aku ikuti kemahuan engkau untuk ke tempat puaka ini.
Kata-kata sang badak itu benar-benar mengguris
perasaan sang kerbau. Lalu sang kerbau pun berkata “ Kau sepatutnya memikirkan
cara untuk keluar dari sini, bukanya menyalahkan aku. Aku juga tidak terfikir
jadi bergini. Jika aku tahu, tidak akan aku datang ke sini.” Kata sang kerbau
dalam keadaan sedih. Lalu sang badak pun berkata “ Ya, memang kau harus dipersalahkan
dalam hal ini. Aku sudah katakan supaya tidak ke tempat ini, tapi kau sangat
degil. Kemudian kau pula mencuri dan makan buah disini tanpa kebenaran.
Sekarang, inilah akibatnya.Kau harus dipersalahkan jika apa-apa berlaku.” Kata
sang badak dengan nada yang tinggi kerana terlalu marah dengan sahabatnya itu.
Apabila didengar oleh sang kerbau kata-kata sang badak
itu, maka sang kerbau pun menjadi berang dan datang menghampiri badak yang
sedang duduk di bawah pokok ara itu lalu berkata “ Kau ni badak memang tak
pandai mengenang budi dan tak sedak dek untung. Aku mengajak kau ke sini untuk
mandi manda kerana cuaca panas, kalau aku tak bawa kau ke sini telah lama badan
kau yang putih itu menjadi hitam legam seperti punggung kuali dek kerana cuaca
yang panas. Tidakkah kau sedar wahai badak”.
Lalu apabila didengar kata-kata sang kerbau tersebut,
maka sang badak pun menjadi berang dan datang menghampiri sang kerbau dengan
sumbunya yang tajam dihalakan di depan muka sang kerbau sambil berkata “ Kau
memang dah melampau kerbau. Sudahlah berbuat salah, tetapi tak mahu mengaku
pula. Berani sungguh kau mengata aku sedemikian rupa. Jika kau berani ,
ayuh….kita beradu tenaga. Kita lihat siapa yang lebih kuat serta berjaya keluar
dari tempat puaka ini”. Sang badak mencabar sang kerbau.
Maka apabila didengar oleh sang kerbau, maka sang
kerbau pun tidak mahu mengalah. Dengan tanduknya yang tajam berkilau itu, sang
kerbau pun bertarung dengan sang badak. Apabila kedua-dua haiwan ini bertarung
antara satu sama lain, tiba-tiba hujan turun dengan lebat sertai dengan kilat
sabung menyabung di angkasa. Tanpa disedari muncul puteri bunian yang cantik
rupawan di tengah-tengah tempat pertarungan badak dan kerbau itu. Maka apabila
dilihat oleh puteri bunian tersebut tentang pertarungan badak dengan kerbau itu
maka puteri bunian pun berkata “ Wahai
kerbau dan badak. Mengapakah kalian bergaduh antara satu sama lain?. Maka
dilihat oleh sang badak dan sang kerbau akan kehadiran puteri bunian itu maka
kedua-dua haiwan ini berhenti seketika daripada pertarungan. Lalu sang kerbau
pun berkata “ Wahai tuan puteri, patik rasa tuan puteri tidak perlu masuk
campur dalam hal kami.” Kata sang kerbau dengan nada yang sombong. Kemudian
sang badak pula berkata “ Ya betul kata kerbau. Kami berdua beradu tenaga untuk
melihat siapa yang berjaya tewas serta meninggalkan tempat ini.
Lalu apabila didengar oleh tuan puteri bunian tentang
kata-kata sang badak dan sang kerbau tersebut, maka tuan puteri bunian pun
berkata “ Wahai badak dan kerbau yang sombong dan angkuh. Beta tidak pernah
jumpa binatang seperti kalian yang berani mencabar serta menceroboh kawasan
jagaan beta.” Kata tuan puteri bunian itu dengan nada dan perasaan yang murka.
Apabila sang kerbau dan sang badak mendengar kata-kata puteri bunian tersebut,
maka sang kerbau dan sang badak pun berkata “ Kami tidak takut dengan
sesiapapun. Lihat tubuh kami yang kuat serta tanduk kami yang kuat boleh
memusnahkan sesiapa sahaja yang menentang kami.”
Kata-kata yang dikata oleh sang kerbau dan sang badak
benar-benar menambah kermukaan tuan puteri bunian itu. Maka tuan puteri bunian
pun berkata “ Baiklah sang kerbau dan sang badak. Beta amat murka kepada tuan
hamba berdua. Sebagai hukuman kepada tuan hamba berdua yang menceroboh ke
kawasan beta, tuan hamba berdua akan menjadi batu buat selama-lamanya.
Sebaik sahaja tuan puteri bunian bertitah sedemikian,
tiba-tiba air Sungai Jumbang bergelora dengan deras. Angin tidak semena-mena
bertiup dengan kencang disertai dengan halilintar sabung mennyabung di langit. Sang
kerbau dan sang badak berpandangan sesama sendiri. Tiba-tiba tubuh kedua-dua
haiwan tersebut kaku dan mengeras. Lalu sang kerbau pun berkata “ Ya sahabatkku
sang badak. Apakah yang terjadi kepada tubuh kita ini, tidak boleh bergerak
lagi.” Maka sang badak pun berkata “ Wahai kerbau tubuh aku juga tidak boleh
bergerak juga.” Maka sedikit demi sedikit tubuh kedua-dua haiwan ini bertukar
menjadi sebuah batu yang menyerupai rupa bentuk seekor kerbau dan juga seekor
badak. Selepas kedua-dua binatang ini menjadi batu, maka tuan puteri bunian itu
menghilangkan dirinya. Sehingga kini kedua-dua batu ini dapat dilihat di
Kampung Juar dan Kampung Buyau Kanan berdekatan dengan istana lama Seri Menanti
di daerah Kuala Pilah di Negeri Sembilan Darul Khusus.
Cerita ini telah disiarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
Ruangan Cerita Rakyat Dewan Pelajar 2020 Keluaran Mac Hlm 40 hingga 41