CERITA
RAKYAT KANAK KANAK
DANAU
SISIK EMAS
Oleh Zulkifli bin Kamaruddin
Kononnya pada zaman dahulu di sebuah daerah
di Rembau terdapat sebuah kampung bernama Kampung Sawah Raja. Di kampung ini
terdapat sebuah danau yang sangat luas dan banyak ikan didalamnya. Danau itu
dikata mempunyai orang halus yang menjaganya. Tersebutlah seorang lelaki yang
bernama Pidano berasal daripada Minangkabau telah datang ke kampung untuk
menetap disitu.
“Wah
banyaknya ikan didalam tasik ini.tentu sedap kalau dipanggang” Pidano berkata.
Lalu Pidano pun mengeluarkan jala serta melemparkanya ke dalam danau. Tiba-tiba
muncul seorang lelaki tua bertongkat lalu berkata “ Wahai orang muda.ikan-ikan
di danau ini tidak boleh dimakan mahupun diambil.Ikan ini milik Puteri Runduk
yang tinggal di kayangan.Kalau kamu mengambil ikan-ikan ini tanpa kebenaranya.
Kamu akan mendapat musibah.Orang-orang di kampung ini juga tidak berani
mengambil ikan disini.
Apabila
mendengar kata lelaki tua tersebut,Pidano pun berkata “ Wahai orang tua. Tidak perlulah
menyibuk dengan pekerjaan saya ini. Tidakkah rugi ikan yang banyak ini
dibiarkan sahaja tanpa kita ambil untuk dimakan.Kalau orang disini takut untuk
mengambi ikan di danau ini, biarlah saya yang makan semua ikan di danau
ini.Lalu lelaki tersebut terdiam dan terus beredar dari situ.
Setelah
mendapat banyak ikan, Pidano membawa ke pondoknya untuk dimasak. Setelah ikan
tersebut dimasak. Apabila malam semakin larut, tiba-tiba perut Pidano berasa
sakit yang amat sangat. Pidano menjerit kesakitan. Jeritannya didengar oleh
orang kampung. Orang kampung yang mendengar bergegas ke pondok Pidano. Apabila
sampai di pondok, orang kampung terkejut apabila melihat Pidano bertukar menjadi
seekor ikan. Akhirnya orang kampung bersepakat untuk melepaskan ikan itu di
danau Apabila waktu tengahari, permukaan danau tersebut berkilauan seperti emas
kerana sisik ikan yang berkilauan, Akhirnya orang kampung tersebut memanggil
danau itu Danau Sisik Emas.