KOLEKSI CERITA RAKYAT NEGERI PANTAI BARAT SEMENANJUNG MALAYSIA 2020
LAGENDA GUA KELAMBU
Diceritakan oleh : Encik
Ahmad bin Che Noot
Ditulis oleh : Zulkifli
bin Kamaruddin
Kononya
pada zaman dahulu, terdapat sebuah balairung istana di sebuah gua. Setiap hari,
ramai penduduk kampung datang ke gua itu untuk bertemu dengan tuan puteri yang
bersemayam di situ. Kebanyakan penduduk kampung yang datang ke gua tersebut
kerana ingin meminjam perkakasan pinggan mangkuk daripada tuan puteri untuk
mengadakan kenduri – kendara. Setiap hari, pasti ada saja penduduk kampung yang
datang mengadap tuan puteri. Tuan puteri sangat baik hati dan pemurah. Baginda
membenarkan sesiapa sahaja penduduk kampung yang ingin meminjam perkakasan
pinggan mangkuk. Namun, baginda telah memberikan satu syarat kepada penduduk
kampung yang ingin meminjam:
“ Beta
membenarkan kalian meminjam pinggan mangkuk Beta… Tetapi kalian harus
menjaganya dengan sempurna. Kiranya ada peralatan yang pecah… Beta pohon untuk
dipulangkan pinggan mangkuk yang pecah itu.”
Setiap penduduk kampung yang datang untuk meminjam pinggan mangkuk tuan
puteri akan sentiasa ingat syarat yang
dikatakan oleh tuan puteri. Mereka akan menjaga sebaik mungkin pinggan mangkuk
yang dipinjam agar tidak pecah. Bergitulah kehidupan penduduk kampung pada
zaman itu. Maka pada satu hari, ditakdirkan Sang Kelembai telah berjalan
sehingga ke kawasan gua. Sang Kelembai berasa sangat hairan apabila ramai
penduduk kampung pulang membawa pinggan mangkuk dari kawasan gua itu. Lalu Sang
Kelembai berkata dalam hatinya :
“
Siapakah gerangan yang memberikan pinggan mangkuk ini ”
Lalu, Sang Kelembai berjalan kearah gua itu. Apabila penduduk kampung
terlihat akan kelibat Sang Kelembai, penduduk kampung masing-masing melarikan
diri kerana takut disumpah atau ditegur oleh Sang Kelembai. Apabila Sang
Kelembai sampai di pintu gua, Sang Kelembai pun berkata :
“
Aku mahu berjumpa dengan penjaga gua ini…. Siapakah geranganya ?”
Semua seisi balairung istana di gua itu berada dalam keadaan ketakutan
termasuklah binatang-binatang yang ada disitu. Masing-masing tidak berani
berkata apa-apa. Sang Kelembai berasa sangat marah lalu berkata :
“
Jika kamu semua tidak mahu memberitahu aku siapakah yang menjaga gua ini….maka
lebih baik kamu semua menjadi batu.”
Apabila dikata oleh Sang Kelembai itu, maka semua yang ada didalam gua
itu menjadi batu termasuklah binatang-binatang seperti kuda, gajah, burung,
katak dan tuan puteri serta pengawalnya.Semenjak hari itu, penduduk kampung
tidak lagi meminjam pinggan mangkuk dan kelambu tuan puteri yang menjadi batu
itu disebut oleh orang kampung bagi menamakan gua ini
.
.
CERITA INI TIDAK DIBENARKAN DITERBITKAN TANPA IZIN PENULIS TERLEBIH DAHULU. PENULIS BERHAK MENGENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG JIKA BERLAKU SEBARANG JENAYAH PENULISAN ILMIAH YANG BERLAKU.
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI 017-2506712