Thursday 22 December 2011

CERITA RAKYAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS DAERAH REMBAU CERITA DONGENG CIKUNANI DAN NAGA DI LUBUK PAKU

          Di suatu tempat di dalam sebuah daerah di Kota Negeri Sembilan, terdapat sebuah tempat yang dikenali sebagai Lubuk Paku. Tempat ini berdekatan dengan kaki Gunung Datuk. Menurut cerita orang dahulu kala, Lubuk Paku merupakan kawasan yang dihuni oleh seekor naga. Oleh yang demikian, tempat tersebut sangat ditakuti oleh penduduk kampung yang tinggal di kawsan berdekatan dengan tempat tersebut. Kononnya juga, di kawasan Lubuk Paku terdapat sejenis batu sakti yang dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang ada didunia. Batu sakti itu diberi nama Batu Delima Gemala Sakti. Batu itu telah dijaga rapi oleh naga yang tinggal di lubuk itu.

        Tersebutlah kisah seorang gadis Minangkabau yang berasal daripada Paya Kumbuh Sumatra Barat Indonesia telah datang ke kampung ini untuk mencari penempatan baru. Gadis itu bernama Cikunani. Cikunani merupakan anak yatim piatu yang telah kematian aibu bapanya. Oleh yang demikan, Cikunani merantau untuk membina hidupnya yang baru. Cikunani tidak mempunyai saudara mara. Cukunani hanya mempunyai seekor kucing yang berwarna kuning yang pandai berkata-kata. Kucing kuning itulah yang menjadi teman rapatnya setiap hari dan sentiasa berada bersamanya. Cikunani juga merupakan seorang gadis kampung yang sangat cantik. Kecantikan raup wajah Cikunani tidak dapat ditandingi oleh semua anak gadis dalam daerah itu. Cikunani juga seorang gadis yang rajin. Setiap hari Cikunani akan pergi ke bendang dan mengerjakan sawah padi yang diusahakannya sewaktu Cikunani mula-mula sampai di kampung itu. Kehidupan Cikunani sangat sedehana, namun Cikunani berasa senang dengan kehidupanya.

       Selain sikapnya yang rajin, Cikunani juga seorang yang suka menuntut ilmu. Setipa malam Cikunani akan mempelajari ilmu bersilat daripada seorang guru silat di kampung itu. Kecekapan dan ketangkasan Cikunani dalam bersilat menyebabkan Cikunani sangat disayangi oleh guru silatnya itu. Pada suatu malam, sebaik sahaja selesai belajar silat. Guru silat itu telah menceritakan tentang kisah keistimewaan Batu Delima Gemala Sakti kepada anak didiknya. Menurut guru silatnya, batu sakati itu berada dibawah jagaan seekor naga di Lubuk Paku. Tidak ada sesiapa pun yang berani ke sana untuk mengambil batu itu.

“ Barang siapa yang memperoleh batu sakti itu, maka dialah wira di daerah ini.”

         Bergitulah kata-kata guru silatnya itu. Tidak ada seorang pun pahlawan atau wira yang berjaya mengambil batu sakti itu sebaliknya mereka menemui ajal mereka di sana. Lubuk Paku telah meragut banyak nyawa bagi mereka yang cuba untuk mendapatkan batu sakti yang ada dibawah dasar kolam Lubuk itu.

“ Batu Delima Gemala Sakti itu banyak kelebihanya. Batu itu dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang ada didunia ini.

       Setelah mendengar kata-kata daripada guru silatnya itu, barulah Cikunani sedara tentang kelebihan batu sakti itu dan sememangnya batu sakti itu menjadi rebutan ramai kerana kelebihan yang ada padanya. Apabila Cikunani pulang ke pondoknya, Cikunani seolah-olah masih mendengar cerita batu sakti itu yang diceritakan oleh guru silatnya tadi. Hal ini menyebabkan Cikunani tidak dapat melelapkan matanya. Maka dengan takdir tuhan, pada suatu hari orang suruhan raja telah datang ke kampungnya untuk menyampaikan titah raja. Kebetulan pada masa itu, kucing kuning Cikunani sedang berjalan-jalan di tempat itu dan Cikunani pula pada ketika itu sedang berada di sawah.

Wahai orang-orang kampung semua, duka cita dimaklumkan bahawa raja di daerah ini sedang gering di istana. Seluruh isi istana berasa sedih kerana tiada seorang pun yang tidak dapat menyembuhkan penyakit baginda. Maka jika ada di antara kamu semua yang dapat menyembuhkan penyakit baginda. Maka baginda akan memperkenalkan apa sahaja hajat yang diinginkannya.”


Kata-kata orang suruhan raja itu telah didengar oleh kucing kuning, maka dengan pantas kucing kuning itu berlari menemui Cikunani dan menceritakan apa yang didengarnya tadi.

  Wahai Cikunani, sewaktu saya berjalan-jalan di kawasan kampung tadi, saya telah terdengar satu berita yang disampaikan oleh orang istana. Orang itu mengatakan raja di daerah ini sedang gering. Tidak ada seorang pun yang mampu mengubati penyakit baginda itu.”

Maka apabila di dengar oleh Cikunani, lalu Cikunani pun berkata:

“ Betulkah apa yang kamu dengar wahai kucing kuning. Kalau bergitu biarlah aku sahaja yang pergi merawat penyakit raja itu.”

Sebaik sahaja Cikunani berkata demikian, Kucing kuning berasa sangat terkejut.

“ Wahai Cikunani adakah tuan benar-benar mampu merawat penyakit yang dihadapi oleh raja itu. Sedangkan telah ramai orang yang datang dari seluruh pelosok daerah ini tidak mampu juga merawat penyakit baginda.”

Maka dengan nada yakinnya, Cikunani pun berkata:

“ Tidak usah kamu risau wahai kucing kuning, aku rasa aku mampu untuk mengubat raja itu. Aku yakin aku boleh mendapatkan batu sakti itu yang ada di Lubuk Paku.”
Kucing Kuning benar-benar berasa amat terkejut dengan kata-kata Cikunani, Kucing kuning merasakan Cikunani sudah hilang pertimbangan akal.

“ Tidakkah tuan tahu bahawa batu sakti itu telah dijaga rapi oleh seekor naga di lubuk itu?. Pada hemat saya, janganlah tuan pergi menempah maut di sana. Saya rasa tuan tidak akan berjaya mengambil batu itu.”

          Kucing kuning berasa susah hati dengan tindakan yang ingin diambil oleh tuannya itu. Maka dengan segera, Kucing kuning pergi menemui seorang nenek kebayan yang tinggal di Gunung Pasir. Selama 7 hari 7malam Kucing kuning berjalan untuk menemui nenek kebayan. Maka dengan takdir tuhan, akhirnya kucing kuning berjaya sampai ke rumah nenek kebayan lalu kucing itu memceritkan kerisauannya terhadap Cikunani kepada nenek kebayan. Setelah mendengar masalah yang diceritakan oleh Kucing itu, maka nenek kebayan pun berkata:

“ Pada hematku, Cikunani hanya dapat mengambil batu sakti itu dengan cara membunuh naga itu dengan menggunakan tombak sakti raja sulaiman, dan jika benar niatnya untuk menyembuhkan penyakit yang dihadapi oleh raja itu, maka aku akan memberikannya tombak sakti ini.”

Lalu kucing kuning pun berkata:

Jikalau nenek kebayan berkata bergitu, saya hanya menurut kata nenek sahaja. Sekurang-kurangnya, jika nenek memberi tongkat sakti itu, saya boleh berasa lega dan tidak keberatan untu melepaskan Cikunani pergi ke lubuk itu.” 

       Setelah mendapatkan tombak sakti daripada nenek kebayan. Maka Kucing kuning pun bermohon diri untuk pulang ke kampung. Sebaik sahaja Kucing Kuning sampai ke pondoknya, kucing itu terus menemui Cikunani.

“ Wahai tuan Cikunani. Oleh sebab tuan hendak pergi juga ke Lubuk Paku itu, maka saya telah pun menemui nenek kebayan untuk mendapatkan tongkat sakti raja sulaiman ini bagi tuan membunuh naga di lubuk itu.

Apabila dilihat Kucing kuning itu membawa sebatang tongkat sakti itu, maka Cikunani pun berkata:

“ Sungguh tidak aku menyangka bahawa kucing kuning perliharaanku yang menjadi teman setia ku sanggup berkorban untuk mendapatkan tongkat sakti ini bagi membantuku menewaskan naga di lubuk itu. Sesungguhnya kedatangan kau ke dalam hidup aku adalah satu anugerah daripada tuhan.”

Lalu dengan penuh kasih sayang, Cikunani telah mendukung Kucing kuning itu lau membelainya.

“ Tidak apa tuan, sudah menjadi tugas saya untuk membantu tuan yang memelihara saya”

           Seterusnya, pada keesokkan hari, Cikunani telah bersiap sedia dengan pakaian silatnya bersama dengan tombak sakti menuju ke Lubuk Paku. Cikunani telah berniat dalam hatinya sekiranya dia berjaya memperoleh batu sakti itu. Maka dia telah berhajat untuk membantu semua orang yang menghadapi penyakit. Setelah penat merudah hutan tebal dan mengharungi beberapa batang anak sungai. Maka dengan takdir tuhan, Cikunani telah sampai di sebuah tempat yang dinamakan sebagai Lubuk Paku. Di situ terdapat sebuah kolam yang airnya sangat jernih tetapi jika dipandang dari atas permukaan air, dasar kolam itu berwana hitam. Ini menunjukkan bahawa betapa dalamnya kolam itu.

          Cikunani memandang sekeliling kwasan di lubuk itu. Ternyata tidak ada pun naga seperti yang diceritan oleh guru silatnya itu. Setelah berapa lam menunggu di tepi kolam itu, maka Cikunani pun berasa sangat bosan.


“ Jangan-jangan !! tok guru hanya cerita tipu sahaja. Kalau begitu biarlah aku balik. Tidak ada gunanya aku mencari batu sakti itu sekiranya memang batu itu tidak wujud.”

         Dengan mengambil sebutir batu yang berhampiran dengan kolam, maka Cikunani pun membaling batu itu ke dalam kolam tanda kekecewaannya. Maka dengan tidak semena-mena, langit yang cerah tadi tiba-tiba menjadi gelap, kilat di angkasa sabung –meyabung dan burng-burung di kawasan itu seolah-olah terkejut menyaksikan keadaan itu. Air kolam yang tenang pada masa itu tiba-tiba berputar dengan deras seolah-olah ada tenaga yang sangat kuat di dasarnya. Angin pula bertiup dengan kencang. Secara tiba-tiba muncullah seekor naga yang maha besar berdiri di hadapan Cikunani.

“ Ya tuhan apakah binatang seperti ular ini. Matanya merah seperti api. Adakah ini yang dikatakan naga itu.”

Cikunani berasa gentar pada mulanya. Namun, apabila dia melihat sahaja Tongkat Sakti Raja Sulaiman yang ada di tanganya, Cikunani memberanikan dirinya. Dengan tiba-tiba naga itu bersuara


“ Apa yang kau mahukan dari aku maha manusia”

Maka disahut oleh Cikunani:

“ Aku mahukan Batu Delima Gemala Sakti yang ada di tangan kau”

Cikunani memberanikan diri.


“ Boleh !!. Tapi engkau harus menewaskan aku dauhulu . Sekiranya kau berjaya. Maka kau boleh mengambil batu itu di dalam dasar kolam ini.”


Maka disahut oleh Cikunani:

“ Baiklah jika itu memahuan mu . aku sedia bertarung dengan mu. Ayuh!!!!”

            Maka terjadilah satu pertarungan yang hebat antara Cikunani dengan Sang Naga. Pertarungan itu digambarkan berlaku selama 7 hari 7 malam tanpa henti. Maka dengan takdir tuhan, pada hari yang ke-7 , Cikunani berjaya menewaskan naga itudengan menggunakan Tombak Sakti Raja Sulaiman. Seperti yang dikatakan oleh naga itu. Batu sakti itu ada di bawah dasar Lubuk Paku. Maka Cikunani pun menyelam ke dasar kolam. Seperti yang digambarkan dasar kolam itu sangat dalam. Kedalaman kolam itu seperti seolah-olah sebatang paku. Akhirnya Cikunani berjaya menjumpai sebuah peti emas. Cikunani menghampiri peti emas itu. Setelah membukanya. Terdpat sebiji batu yang berwarna merah yang bersinar-sinar. Batu itu adalah Batu Delima Gemala Sakti yang diceritakan. Apabila Cikunani telah mendapat batu itu. Maka Cikunani pun berenang ke permukaan kolam.

          Cikunani pun berasa sangat gembira lau puang ke pondoknya. Di pondok, Kucing Kuning bersa sangat risau. Namun, apabila Kucing Kuning terlihat kepulangan Cikunani, kucing kuning berasa sangat gembira. Cikunani sangat rindu kepada kucing kuning lalu memeluknya dengan erat seraya berkata:

“ Terima Kasih buah hatiku kerana dengan pertolongan kau dan nenek kebayan aku berjaya membunuh naga itu.”

          Pada keesokan harinya, Cikunani dan kucing kuning telah pergi ke istana untuk mengadap raja. Cikunani memohon izin daripada permaisuri untuk mengubati raja yang sedang gering itu. Maka disuruhnya dayang istana itu mengambil segelas air lalu diletaknya batu sakti itu ke dalam air dan berdoa kepada tuhan. Sebaik sahaja air yang diletakkan batu itu direnjis ke seluruh tubuh badan raja. Maka dengan kuasa tuhan, raja yang terlantar di atas katil diraja itu boleh menggerakkan tubuhnya. Hal ini menyebabkan seluruh isi istana sangat terkejut. Baginda telah dapat disembuhkan oleh Cikunani.

Raja sangat terhutang budi dengan Cikunani. Baginda menitahkan kepada pembesarnya agar menganugerahkan apa saja yang diinginkan oleh Cikunani. Cikunani mengatakan bahawa dia tidak mahu apa-apa balasan daripada raja itu sebaliknya biarlah tuhan sahaja yang membalasnya. Akhirnya Cikunani pulang ke pondoknya dan hidup bahagia bersama dengan kucing kuningnya itu dan setiap orang yang datang berubat denganya pasti akan sembuh.

Cerita ini telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam ruangan Cerita Rakyat Dewan Pelajar hlm 40-41 Keluaran Februari 2021