Thursday, 21 November 2019

KOLEKSI CERITA RAKYAT NEGERI PANTAI BARAT SEMENANJUNG MALAYSIA LAGENDA MITOS GUA KELAMBU, NEGERI KEDAH DARUL AMAN 2020


KOLEKSI CERITA RAKYAT NEGERI PANTAI BARAT SEMENANJUNG MALAYSIA 2020 
LAGENDA GUA KELAMBU

Diceritakan oleh : Encik Ahmad bin Che Noot
Ditulis oleh : Zulkifli bin Kamaruddin

   Kononya pada zaman dahulu, terdapat sebuah balairung istana di sebuah gua. Setiap hari, ramai penduduk kampung datang ke gua itu untuk bertemu dengan tuan puteri yang bersemayam di situ. Kebanyakan penduduk kampung yang datang ke gua tersebut kerana ingin meminjam perkakasan pinggan mangkuk daripada tuan puteri untuk mengadakan kenduri – kendara. Setiap hari, pasti ada saja penduduk kampung yang datang mengadap tuan puteri. Tuan puteri sangat baik hati dan pemurah. Baginda membenarkan sesiapa sahaja penduduk kampung yang ingin meminjam perkakasan pinggan mangkuk. Namun, baginda telah memberikan satu syarat kepada penduduk kampung yang ingin meminjam:
Beta membenarkan kalian meminjam pinggan mangkuk Beta… Tetapi kalian harus menjaganya dengan sempurna. Kiranya ada peralatan yang pecah… Beta pohon untuk dipulangkan pinggan mangkuk yang pecah itu.”
     Setiap penduduk kampung yang datang untuk meminjam pinggan mangkuk tuan puteri akan sentiasa ingat  syarat yang dikatakan oleh tuan puteri. Mereka akan menjaga sebaik mungkin pinggan mangkuk yang dipinjam agar tidak pecah. Bergitulah kehidupan penduduk kampung pada zaman itu. Maka pada satu hari, ditakdirkan Sang Kelembai telah berjalan sehingga ke kawasan gua. Sang Kelembai berasa sangat hairan apabila ramai penduduk kampung pulang membawa pinggan mangkuk dari kawasan gua itu. Lalu Sang Kelembai berkata dalam hatinya :
“ Siapakah gerangan yang memberikan pinggan mangkuk ini ”
      Lalu, Sang Kelembai berjalan kearah gua itu. Apabila penduduk kampung terlihat akan kelibat Sang Kelembai, penduduk kampung masing-masing melarikan diri kerana takut disumpah atau ditegur oleh Sang Kelembai. Apabila Sang Kelembai sampai di pintu gua, Sang Kelembai pun berkata :
“ Aku mahu berjumpa dengan penjaga gua ini…. Siapakah geranganya ?”
      Semua seisi balairung istana di gua itu berada dalam keadaan ketakutan termasuklah binatang-binatang yang ada disitu. Masing-masing tidak berani berkata apa-apa. Sang Kelembai berasa sangat marah lalu berkata :
“ Jika kamu semua tidak mahu memberitahu aku siapakah yang menjaga gua ini….maka lebih baik kamu semua menjadi batu.”
      Apabila dikata oleh Sang Kelembai itu, maka semua yang ada didalam gua itu menjadi batu termasuklah binatang-binatang seperti kuda, gajah, burung, katak dan tuan puteri serta pengawalnya.Semenjak hari itu, penduduk kampung tidak lagi meminjam pinggan mangkuk dan kelambu tuan puteri yang menjadi batu itu disebut oleh orang kampung bagi menamakan gua ini
.
CERITA INI TIDAK DIBENARKAN DITERBITKAN TANPA IZIN PENULIS TERLEBIH DAHULU. PENULIS BERHAK MENGENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG JIKA BERLAKU SEBARANG JENAYAH PENULISAN ILMIAH YANG BERLAKU.


SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI 017-2506712




1 comment:

  1. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))

    ReplyDelete