Sunday, 17 January 2021

CERITA RAKYAT NEGERI SEMBILAN DAERAH SERI MENANTI KUALA PILAH SANG KERBAU DAN BADAK MENJADI BATU

 

CERITA RAKYAT

PERGADUHAN YANG MEMBAWA PADAH

KERBAU DAN BADAK MENJADI BATU

Olahan Oleh

Zulkifli Bin Kamaruddin ( Cikgu Joe )

 

         Kononya disebuah desa di Seri Menanti, Kuala Pilah di Negeri Sembilan Darul Khusus. Terdapat sebuah hutan tebal yang didiami oleh sekumpulan badak. Berhampiran dengan hutan tersebut juga terdapat sebuah kandang kerbau milik orang kampung. Tersebutlah kisah badak dan kerbau ini merupakan sahabat baik pada masa itu. Setiap hari badak akan datang menziarahi kerbau di kandangnya. Oleh kerana mereka berkawan baik terlalu lama, segala aktiviti dilakukan bersama-sama. Persahabatan kerbau dan badak umpama air dicincang tidak akan putus.

Sekiranya kerbau tidak sihat, sang badak akan datang membawa makanan tambahan daripada hutan untuk kerbau makan. Jika sang badak pula tidak sihat, maka sang kerbau akan membawa makanan yang diberikan oleh tuannya untuk sang badak. Sifat setiakawan sang badak dan sang kerbau ini sangat dikagumi oleh seluruh haiwan yang ada disitu. Maka, pada satu hari Seri Menanti dilanda kemarau yang amat lama. Habis kolam-kolam air dan anak-anak sungai menjadi kering. Maka sang kerbau dan sang badak mempunyai masalah untuk mereka berkubang seperti kebiasaan kehidupan mereka.

Maka ditakdirkan tuhan, hanya sebatang sungai sahaja yang terdapat di hujung Kampung Buyau yang masih mengalirkan airnya. Air sungai disitu sangat sejuk dan jernih serta banyak ikan-ikan bermain-main didasar sungai tersebut. Namun, sungai itu amat jarang dikunjungi oleh penduduk disitu mahupun haiwan-haiwan. Mengikut bualan orang kampung, sungai tersebut dijaga oleh puteri bunian. Oleh kerana itu airnya tidak pernah kering dan banyak ikan-ikan yang ada disitu.

Oleh kerana cuaca kemarau yang masih berpanjangan, maka sang kerbau berhasrat untuk membawa sang badak untuk berkubang disana. Lalu sang badak segera menemui sang kerbau di kandangnya. “ Wahai sahabatku badak.. apa kata kita ke sungai untuk mandi. Cuaca pun panas terik sangat hari ini. Apa kata kita pergi berkubang di Sungai Jumbang di hulu Kampung Merual. Disana katanya airnya jernih dan sejuk. Bolehlah kita berkubang lebih lama sikit disana ha.ha.ha” Kata sang kerbau sambil ketawa. Apabila didengar oleh sang badak cadangan sang kerbau untuk berkubang di Sungai Jumbang, reaksi sang badak berubah dengan raup wajahnya seperti orang ketakutan. Lalu sang badak pun berkata “ Wahai kerbau, tidakkah engkau tahu bahawa Sungai Jumbang itu dijaga oleh puteri bunian ?.Tiada siapa pun yang berani ke sana. Haiwan-haiwan di hutan juga sangat takut untuk datang ke sungai itu”. Jelas sang badak kepada kerbau.

 Maka sang kerbau pun berkata “ Wahai badak. Apakah yang perlu kita risaukan, kita hanya pergi untuk berkubang sahaja, bukanya kita mempunyai niat lain.” Kata sang kerbau memujuk sang badak. Lalu sang badak pun berkata “ Ya sahabatku sang kerbau, aku tahu niat kita untuk berkubang sahaja, tapi aku risau kerana kita tidak pernah sampai dikawasan itu. Aku dengar juga barang siapa yang berniat tidak elok, maka akan mendapat musibah daripada puteri bunian yang menjaga kawasan sungai itu.” Kata sang badak kepada sang kerbau. Apabila sang kerbau mendengar penjelasan sang badak itu lalu sang kerbau pun berkata “ Mengapa kau bergitu risau sangat badak. Kita kan haiwan yang besar dan gagah. Jika ada apa-apa yang berlaku di sana, kita lawan secara bersama-sama. Aku tidak pernah pun berasa gentar dengan apa jua yang datang melawan ku. Tandukku yang kuat dan tajam ini menjadi perisai untuk membunuh setiap musuh yang datang melawanku.” Kata sang kerbau dengan bangganya dihadapan sang badak.

Sang badak menjadi serba salah untuk menolak cadangan sang kerbau. Demi hubungan persahabatanya yang lama, akhirnya sang badak besetuju dengan cadangan sang kerbau untuk berkubang di Sungai Jumbang. Seterusnya,sang  kerbau dan sang badak meneruskan langkah menerusi denai-denai kecil menuju ke sana. Sepanjang perjalanan, sang kerbau dan sang badak melalui kebun-kebun kecil yang mempunyai banyak pokok buah-buahan.

“Wah..badak.lihat di kiri dan kanan kita. Banyaknya pokok buah-buahan. Ada pokok pisang,manggis,betik dan macam-macam lagi lah.” Kata badak dengan perasaan yang teruja. Lalu sang kerbau pun berkata “ Ya betul badak..Kenyanglah perut kita nanti sepanjang kita berjalan ke sungai hahaha.” Sang Badak dan  sang kerbau ketawa bersama-sama. Maka sang badak dan sang kerbau pun berhenti seketika dibawah sebatang pokok mempelam. Kebetulan pokok mempelan tersebut sangat rendang dan lebat buahnya. Apabila dilihat oleh sang kerbau buah mempelam itu sangat banyak dan elok buahnya, maka timbul keinginan dihati sang kerbau untuk mengambil buah mempelam itu.

“ Apa kata kita ambil buah mempelam ini. Perut aku pun dah lapar ni.” Kata sang kerbau kepada sang badak. Lalu sang kerbau pun menggunakan tanduknya untuk mengait buah mempelam yang ranum dan berwarna keemas-emasan itu. Apabila  buah mempelam itu berjaya diperolehinya, sang kerbau dan sang badak pun bersedia untuk menikmatinya secara bersama-sama. Secara tiba-tiba mencul seorang wanita tua bertongkat dengan raup wajahnya yang berkedut seribu. Wanita tua itu pun melihat sang badak dan sang kerbau dengan pandangan yang tajam lalu berkata “ Wahai sang badak dan sang kerbau. Adakah kamu telah meminta izin untuk mengambi buah-buahan yang ada di kawasan ini?. Sang kerbau dan sang badak berasa terkejut sehingga terjatuh buah mempelam itu ke tanah apabila wanita tua bertongkat itu muncul secara tiba-tiba dihadapan mereka.

Lalu sang kerbau pun berkata “ Wahai nenek yang budiman.Ya aku yang mengambil buah mempelam itu. Tapi aku berasa lapar, lagi pun buah-buahan di sini sangat banyak dan tiada pun orang yang mengambilnya. Apabila mendengar kata daripada sang kerbau itu, maka wanita tua itu pun berkata “ Ya memang benar apa yang engkau kata kan itu. Tidak ada sesiapa yang berani mengambil buah-buahan di sini melainkan kamu berdua.” Wanita tua bertongkat itu perlahan-lahan mendekati sang kerbau dan sang badak lalu berkata “ Tidakkah perbuatan engkau mengambil buah mempelam ini satu tindakan yang salah ?. Sepatutnya engkau berdua meminta izin orang yang menjaga disini.” Jelingan tajam wanita tua bertongkat itu menjadikan sang badak menjadi kecut perut dan takut yang teramat.

Maka, apabila didengar kata-kata wanita tua bertongkat itu,sang kerbau pun berkata dengan angkuhnya “ Wahai nenek tua yang tak sedar diri. Mengapa pula aku harus meminta izin untuk mengambil buah-buahan disini. Pokok-pokok buah ini pun tumbuh dengan sendiri. Pada pendapat aku, sesiapa sahaja tidak kira manusia atau haiwan boleh sahaja makan buah-buahan yang ada disini tanpa perlu kebenaran.” Sang kerbau mula menunjukkan keegoaanya tanpa ada rasa hormat kepada wanita tua bertongkat itu. Manakala sang badak hanya terdiam dan melihat sahaja sang kerbau. Jauh disudut hatinya, memang ada kebenaran apa yang dikatakan oleh wanita tua bertongkat itu. Namun, oleh kerana terlalu takut, sang badak hanya mampu mendiamkan diri.

Apabila mendengar kata-kata angkuh sang kerbau. Maka wanita tua bertongkat itu pun berkata. “ Mengambil hak orang lain sama ertinya dengan mencuri. Tidakkah engkau takut musibah dan bala yang akan menimpa jika engkau mengambil barang yang bukan kepunyaan kau.” Wanita tua bertongkat meninggikan suaranya memberi amaran dan peringatan kepada sang kerbau. Maka, disahut oleh sang kerbau “ Aku tidak takut dengan sesiapa pun.Aku bersedia bertarung dengan sesiapa pun. Sahabatku sang badak juga bersedia bersama untuk melawan sesiapa sahaja yang berani menentang kami berdua.

Apabila mendengar kata-kata sang kerbau itu, maka wanita tua bertongkat itupun hanya diam dan pelahan-lahan beredar meninggalkan sang kerbau dan sang badak. Wanita tua bertongkat itu hilang daripada pandangan sebaik sahaja memasuki rumpun buluh yang berdekatan dengan pokok buah-buahan disitu. Sang kerbau pun berkata kepada sang badak “ Tak guna punya nenek tua, habis hilang keinginan ku untuk makan buah mempelam tadi.” Sang badak tidak berkata apa-apa. Sebaliknya mengajak sang kerbau meneruskan perjalanan ke Sungai  Jumbang.

Apabila sampai di Sungai Jumbang, sang kerbau dan sang badak berasa sangat gembira apabila melihat kejernihan dan ketenangan air sungai itu. Lalu kedua-dua haiwan ini melompat ke dasar sungai dan berkubang dengan gembiranya. Suasana di kawasan Sungai Jumbang sangat sunyi sepi dan tiada kelibat manusia atau haiwan yang singgah di situ. Apabila sang kerbau dan sang badak puas mandi dan berkubang di sungai itu, maka mereka berdua berhasrat untuk pulang. Sewaktu perjalanan pulang sang kerbau dan sang badak mengikuti jalan yang sama semasa mereka berdua menuju ke sungai tersebut. Sang kerbau dan sang badak meneruskan perjalanan mereka untuk pulang ke tempat masing-masing. Namun sang kerbau dan sang badak berasa hairan kerana mereka masih melalui jalan yang sama berulang kali. Cuaca dan keadaan pada masa itu juga hampir gelap.

Akibat kepenatan serta tidak menemui jalan keluar untuk pulang, maka sang kerbau dan sang badak membuat keputusan untuk berehat sebentar dibawah sebatang pokok ara di satu kawasan tanah lapang. Sewaktu sang kerbau berehat. Sang badak pun berkata “ Apalah nasib kita ini sahabatku kerbau. Hari sudah hampir malam, tapi kita belum keluar lagi dari tempat ini. Bukan kah aku sudah katakan pada tengahari tadi supaya kita tidak pergi ke sini, tapi engkau tidak mahu mendengar kata-kataku” Kata sang badak dengan perasaan sedih. Apabila sang kerbau mendengar kata-kata sang badak itu, lalu sang kerbau pun berkata “ Tapi engkau juga bersetuju dengan ku untuk pergi ke sini bukan”. Maka sang badak pun berkata “ Ya.aku terpaksa rela untuk tidak mahu bergaduh dengan kamu kerbau. Jika aku tahu nasibku jadi bergini, tidakkan akan aku ikuti kemahuan engkau untuk ke tempat puaka ini.

Kata-kata sang badak itu benar-benar mengguris perasaan sang kerbau. Lalu sang kerbau pun berkata “ Kau sepatutnya memikirkan cara untuk keluar dari sini, bukanya menyalahkan aku. Aku juga tidak terfikir jadi bergini. Jika aku tahu, tidak akan aku datang ke sini.” Kata sang kerbau dalam keadaan sedih. Lalu sang badak pun berkata “ Ya, memang kau harus dipersalahkan dalam hal ini. Aku sudah katakan supaya tidak ke tempat ini, tapi kau sangat degil. Kemudian kau pula mencuri dan makan buah disini tanpa kebenaran. Sekarang, inilah akibatnya.Kau harus dipersalahkan jika apa-apa berlaku.” Kata sang badak dengan nada yang tinggi kerana terlalu marah dengan sahabatnya itu.

Apabila didengar oleh sang kerbau kata-kata sang badak itu, maka sang kerbau pun menjadi berang dan datang menghampiri badak yang sedang duduk di bawah pokok ara itu lalu berkata “ Kau ni badak memang tak pandai mengenang budi dan tak sedak dek untung. Aku mengajak kau ke sini untuk mandi manda kerana cuaca panas, kalau aku tak bawa kau ke sini telah lama badan kau yang putih itu menjadi hitam legam seperti punggung kuali dek kerana cuaca yang panas. Tidakkah kau sedar wahai badak”.

Lalu apabila didengar kata-kata sang kerbau tersebut, maka sang badak pun menjadi berang dan datang menghampiri sang kerbau dengan sumbunya yang tajam dihalakan di depan muka sang kerbau sambil berkata “ Kau memang dah melampau kerbau. Sudahlah berbuat salah, tetapi tak mahu mengaku pula. Berani sungguh kau mengata aku sedemikian rupa. Jika kau berani , ayuh….kita beradu tenaga. Kita lihat siapa yang lebih kuat serta berjaya keluar dari tempat puaka ini”. Sang badak mencabar sang kerbau.

Maka apabila didengar oleh sang kerbau, maka sang kerbau pun tidak mahu mengalah. Dengan tanduknya yang tajam berkilau itu, sang kerbau pun bertarung dengan sang badak. Apabila kedua-dua haiwan ini bertarung antara satu sama lain, tiba-tiba hujan turun dengan lebat sertai dengan kilat sabung menyabung di angkasa. Tanpa disedari muncul puteri bunian yang cantik rupawan di tengah-tengah tempat pertarungan badak dan kerbau itu. Maka apabila dilihat oleh puteri bunian tersebut tentang pertarungan badak dengan kerbau itu maka puteri bunian pun  berkata “ Wahai kerbau dan badak. Mengapakah kalian bergaduh antara satu sama lain?. Maka dilihat oleh sang badak dan sang kerbau akan kehadiran puteri bunian itu maka kedua-dua haiwan ini berhenti seketika daripada pertarungan. Lalu sang kerbau pun berkata “ Wahai tuan puteri, patik rasa tuan puteri tidak perlu masuk campur dalam hal kami.” Kata sang kerbau dengan nada yang sombong. Kemudian sang badak pula berkata “ Ya betul kata kerbau. Kami berdua beradu tenaga untuk melihat siapa yang berjaya tewas serta meninggalkan tempat ini.

Lalu apabila didengar oleh tuan puteri bunian tentang kata-kata sang badak dan sang kerbau tersebut, maka tuan puteri bunian pun berkata “ Wahai badak dan kerbau yang sombong dan angkuh. Beta tidak pernah jumpa binatang seperti kalian yang berani mencabar serta menceroboh kawasan jagaan beta.” Kata tuan puteri bunian itu dengan nada dan perasaan yang murka. Apabila sang kerbau dan sang badak mendengar kata-kata puteri bunian tersebut, maka sang kerbau dan sang badak pun berkata “ Kami tidak takut dengan sesiapapun. Lihat tubuh kami yang kuat serta tanduk kami yang kuat boleh memusnahkan sesiapa sahaja yang menentang kami.”

Kata-kata yang dikata oleh sang kerbau dan sang badak benar-benar menambah kermukaan tuan puteri bunian itu. Maka tuan puteri bunian pun berkata “ Baiklah sang kerbau dan sang badak. Beta amat murka kepada tuan hamba berdua. Sebagai hukuman kepada tuan hamba berdua yang menceroboh ke kawasan beta, tuan hamba berdua akan menjadi batu buat selama-lamanya.

Sebaik sahaja tuan puteri bunian bertitah sedemikian, tiba-tiba air Sungai Jumbang bergelora dengan deras. Angin tidak semena-mena bertiup dengan kencang disertai dengan halilintar sabung mennyabung di langit. Sang kerbau dan sang badak berpandangan sesama sendiri. Tiba-tiba tubuh kedua-dua haiwan tersebut kaku dan mengeras. Lalu sang kerbau pun berkata “ Ya sahabatkku sang badak. Apakah yang terjadi kepada tubuh kita ini, tidak boleh bergerak lagi.” Maka sang badak pun berkata “ Wahai kerbau tubuh aku juga tidak boleh bergerak juga.” Maka sedikit demi sedikit tubuh kedua-dua haiwan ini bertukar menjadi sebuah batu yang menyerupai rupa bentuk seekor kerbau dan juga seekor badak. Selepas kedua-dua binatang ini menjadi batu, maka tuan puteri bunian itu menghilangkan dirinya. Sehingga kini kedua-dua batu ini dapat dilihat di Kampung Juar dan Kampung Buyau Kanan berdekatan dengan istana lama Seri Menanti di daerah Kuala Pilah di Negeri Sembilan Darul Khusus.



Cerita ini telah disiarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

Ruangan Cerita Rakyat Dewan Pelajar 2020 Keluaran Mac Hlm 40 hingga 41

 

 

 

 

 

    

Thursday, 2 January 2020

CERITA RAKYAT ASAL USUL DANAU SISIK EMAS, REMBAU NEGERI SEMBILAN


CERITA RAKYAT KANAK KANAK
DANAU SISIK EMAS

Oleh Zulkifli bin Kamaruddin

   Kononnya pada zaman dahulu di sebuah daerah di Rembau terdapat sebuah kampung bernama Kampung Sawah Raja. Di kampung ini terdapat sebuah danau yang sangat luas dan banyak ikan didalamnya. Danau itu dikata mempunyai orang halus yang menjaganya. Tersebutlah seorang lelaki yang bernama Pidano berasal daripada Minangkabau telah datang ke kampung untuk menetap disitu.

“Wah banyaknya ikan didalam tasik ini.tentu sedap kalau dipanggang” Pidano berkata. Lalu Pidano pun mengeluarkan jala serta melemparkanya ke dalam danau. Tiba-tiba muncul seorang lelaki tua bertongkat lalu berkata “ Wahai orang muda.ikan-ikan di danau ini tidak boleh dimakan mahupun diambil.Ikan ini milik Puteri Runduk yang tinggal di kayangan.Kalau kamu mengambil ikan-ikan ini tanpa kebenaranya. Kamu akan mendapat musibah.Orang-orang di kampung ini juga tidak berani mengambil ikan disini.

Apabila mendengar kata lelaki tua tersebut,Pidano pun berkata “ Wahai orang tua. Tidak perlulah menyibuk dengan pekerjaan saya ini. Tidakkah rugi ikan yang banyak ini dibiarkan sahaja tanpa kita ambil untuk dimakan.Kalau orang disini takut untuk mengambi ikan di danau ini, biarlah saya yang makan semua ikan di danau ini.Lalu lelaki tersebut terdiam dan terus beredar dari situ.

Setelah mendapat banyak ikan, Pidano membawa ke pondoknya untuk dimasak. Setelah ikan tersebut dimasak. Apabila malam semakin larut, tiba-tiba perut Pidano berasa sakit yang amat sangat. Pidano menjerit kesakitan. Jeritannya didengar oleh orang kampung. Orang kampung yang mendengar bergegas ke pondok Pidano. Apabila sampai di pondok, orang kampung terkejut apabila melihat Pidano bertukar menjadi seekor ikan. Akhirnya orang kampung bersepakat untuk melepaskan ikan itu di danau Apabila waktu tengahari, permukaan danau tersebut berkilauan seperti emas kerana sisik ikan yang berkilauan, Akhirnya orang kampung tersebut memanggil danau itu Danau Sisik Emas.




















Saturday, 7 December 2019

KAJIAN SARJANA INGGERIS TENTANG LAGENDA TASIK KUBANG AJI NEGERI PERAK DARUL RIDZWAN


KAJIAN LITERATUR TENTANG ASAL USUL TASIK KUBANG AJI

Penelitian mendapati terdapat sejumlah penulisan akademik yang menceritakan tentang asal usul dan sejarah tentang Tasik Kubang Aji yang terdapat di daerah Perak Tengah di Negeri Perak Darul Ridzwan. Antaranya menerusi cacatan sarjana Inggeris oleh Maxwell, W. Notes and Queries 3. In W. Maxwell, Notes and Queries of the Malaysian Branch Royal Asiatic Society (reprint 15). Kuala Lumpur: Malaysian Branch Royal of the Royal Asiatic Society; 1997. pp62-63.
Legend of Kubang Aji

Kubang Aji is a deep pool in the Perak River near Belanja; it is famous for its fish. In the days when the sea covered a great portion of the tract through which the Perak River now runs, there lived a Sakai named Si Aji who adopted the manners and customs of the Malays. He went on a trading voyage on a ship of his own, and when he returned he anchored off Sadang (now a village many miles up the river, but then a sea-port). As he lay asleep in the cabin, he was awakened by some of his men, who said that his father and mother (Sakais) were asking to see Nahkoda Aji. The old people were already on board, bringing with them various dishes of such food as aboriginal tribes delight in – roast monkey and so on. The Nahkoda, seeing that he was put to shame before his Malay seamen, denied his parents, and ordered them on shore saying “Do you think that my mother is a Sakai?” As they went on shore, the woman called out to him, “Yes, you are my son” and her husband cursed him, saying, “If you are my son, may your ship be wrecked.” As this curse was pronounced, the woman turned away, and there came a waterspout, and the ship foundered. Two trees (pokok pauh) used to be pointed out at Sadang, one facing the place where the ship had been moored and the other turning away from it, which were supposed to be the metamorphosed Sakais.

Footnote: This legend is also retold as the popular Malay folk tale called ‘Si-Tenggang’.